Kenapa troli dan checkout harga berasingan?
Di TikTok Shop, pelanggan tekan “beli” dan terus bayar, jadi nampak mudah. Tapi di belakangnya ada pangkalan data produk dan stok, gerbang pembayaran dengan yuran transaksi, keselamatan data pelanggan dan pengurusan pesanan. Kerjanya berkali ganda lebih banyak dan perlu dijaga selepas siap. Kami asingkan supaya anda yang cuma perlukan pelanggan mesej WhatsApp tak bayar untuk sistem yang tak digunakan.
Cara bayaran
Bayaran penuh di awal. Pilih pakej di halaman Tempah, bayar melalui DuitNow QR atau pindahan bank, dan muat naik resit. Kerja bermula selepas bayaran disahkan, dan anda dapat pautan preview sebelum laman dilancarkan.
Selepas tahun pertama
Domain dan hosting dibaharui pada kos. Kami ingatkan sebelum tamat, dan domain didaftar atas nama anda.